Monday, July 25, 2011

Senario Ops Pocot 2011


Dibintangi oleh

Azlee Jaafar, Mazlan Ahmad, Wahid Mohd, Mr. Os, Mas Muharni, Sasqia, Diana Amir, Kamal Adli, Hairul Azreen, Alex Yanz dan Shahfiez.

Genre

Komedi


Ulasan

Filem Senario terakhir dengan Metrowealth Pictures (MIG) meninggalkan kenangan manis buat anggota Senario kerana dapat bekerjasama dengan anggota RELA. Ismail Bob Hasim sebagai pengarah cuba mengimbangi komedi dengan sebuah perbadanan kerajaan yang serius.
Bagi anggota Senario, mereka mengharapkan agar filem ini dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat untuk sertai RELA. Malah Azlee, Wahid dan Mazlan menjalani latihan fizikal seperti anggota RELA sebenar. GUA puji dengan niat Senario mahu berkhidmat untuk masyarakat.
“Pembelajaran sama. Kami turut buat senaman pagi, petang, berkawat sepanang 30 hari dalam kem. Pengalaman pegang senjata paling bermakna. Kami adalah artis pertama menyertai anggota RELA,” ujar Mazlan.















Kali ini lakonan Azlee lebih menonjol kerana wataknya sebagai lelaki lembut. Terdapat beberapa aksi mencuit hati melibatkan Azlee. Selebihnya GUA rasa wataknya jadi penyelamat filem ini. Plot penceritaan lancar tetapi mutu lakonan perlu diperbaiki terutama pelakon-pelakon lain.
Perasaan GUA ketika menonton ada kalanya statik (lawaknya tidak meresap ke jiwa), tetapi ada juga aksi-aksi boleh membuat kita ketawa. Ternyata, lawak hendak diterjemahkan kurang kosisten bagi GUA.
Penampilan Mr. Os membawa kita kembali ke zaman 80-an. GUA rasa inisatif MIG mengambil pelakon lama memberi peluang mereka untuk kembali beraksi. Semoga MIG dapat mengekalkan usaha membawa artis-artis lama untuk memeriahkan industri.

Moga filem Senario akan datang mampu membawa pembaharuan besar dan tidak statik seperti ditakuk lama memandangkan pelawak baru muncul bagaikan cendawan tumbuh.
Mengisahkan tiga lelaki bermasalah di tempat kerja bertemu ketika menyertai pasukan RELA. Azlee, pegawai keselamatan di sebuah kompleks membeli-belah yang kurang stamina dan asyik tidur. Mazlan pekerja swasta yang penakut dan sering menjadi mangsa buli dan Wahid pula bekerja di syarikat pembekal buruh asing yang punya masalah berkomunikasi. Ketika latihan RELA, mereka diberi latihan ketat oleh Pak Bad (Mr. Os). Saksikan gelagat lucu mereka ketika menjalani latihan disamping berdepan dengan gangguan Hairi (Kamal Adli), Bob (Shahfiez) dan Maman (Hairul Azreen). Tetapi pertemuan dengan tiga gadis mengubah hidup mereka apabila masing-masing jatuh cinta dengan Ann, Azie dan Mala.


DOWNLOAD ??
HeRe


Senario The Movie: Ops Pocot Mediafire


Part 1
Part 2


Senario The Movie: Ops Pocot – Single link


Filesonic
Fileserve
Wupload

0 comments:

Post a Comment

My Great MoViE PaGe