Filem aksi komedi dengan tagline ‘Lu Langsi Lu Mati’ mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak
sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.
Aku Tak Bodoh | DVDRip | AVI | 700MB | 200MB Parts | Screen Res:640X320 | Bitrate:1034Kbps
Language : Malay
Subtitle : English / Malay [ Soft Subbed]
Pelakon : Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Wan Noor Aizzat, Rohaizat Hassan, Suhairri Sunari, Jalaluddin Hassan
Kutipan Kasar : RM0.74 Juta
Sinopsis
Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.
Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.
Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.
MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.
Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.
Synopsis
Filem FLAT 3A mengisahkan tentang pengalaman ngeri dan seram Fikah (Intan Ladyana) dan teman lelakinya Anas. Setelah Fikah berpindah ke rumah baru, tanpa diduga rumah tersebut adalah sebuah rumah tinggal yang cukup berpuaka dan mula menghantui Fikah. Di samping itu usaha Wahyu (Ery Zukhairi) yang menjejaki kehilangan anak saudaranya, Fatin mula merungkai segala persoalan dan misteri. Apakah punca rumah itu berpuaka dan apakah yang bakal terjadi kepada Fikah dan Anas? Apakah kaitan Fatin & Wahyu dalam misteri rumah tersebut?
Genre
Horror
Pelakon
Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adey Syafrien, Zaidi Omar, Khaty Azean.
Penerbit : White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. , Sri Saheb Production Sdn Bhd
Pengarah : S. Baldev Singh Bahasa : Malay Genre : Seram Klasifikasi : PG13 Tarikh Ditayangkan : 23 June 2011 Skrip: S. Baldev Singh, (Original Story), S. Baldev Singh (Screenplay), Ikhzal Ideris (Scriptwriter)
Pelakon : Fouziah Ghous, Iqram Dinzly, Sidek Hussain, Fauziah Nawi, Khir Mohd Noor
SINOPIS:
Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.
Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan.
Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.
Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli.
Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan ‘menggoda’nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi.
Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas. jadi, untuk mengetahui penghujung jalan cerita ini, bolehlah
Selain Intan dan Sam, filem Adnan Sempit turut dibintangi oleh Norliana Samsudin, Along (Raja Lawak), Cat Farish, Julia Hana, Angah (Raja Lawak), Zack (X-Factor), Hafidzuddin Fadzil dan ramai lagi.
Kepada peminat karya terbitan MIG, jangan lupa untuk mengunjungi pawagam berhampiran beramai-ramai untuk menyaksikan filem Adnan Sempit bermula 14 Januari ini.
Adnan Sempit mengisahkan Adnan, seorang mat rempit anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya.
Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat reunion party. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya.
Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk.
Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby.
Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkir kan Ruby dari hidupnya.
Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi.
Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.
Jangan lupa saksikan …dalam botol di pawagam berhampiran anda.
Pelakon: Wan Raja, Arja Lee, Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid
Azlee Jaafar, Mazlan Ahmad, Wahid Mohd, Mr. Os, Mas Muharni, Sasqia, Diana Amir, Kamal Adli, Hairul Azreen, Alex Yanz dan Shahfiez.
Genre
Komedi
Ulasan
Filem Senario terakhir dengan Metrowealth Pictures (MIG) meninggalkan kenangan manis buat anggota Senario kerana dapat bekerjasama dengan anggota RELA. Ismail Bob Hasim sebagai pengarah cuba mengimbangi komedi dengan sebuah perbadanan kerajaan yang serius.
Bagi anggota Senario, mereka mengharapkan agar filem ini dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat untuk sertai RELA. Malah Azlee, Wahid dan Mazlan menjalani latihan fizikal seperti anggota RELA sebenar. GUA puji dengan niat Senario mahu berkhidmat untuk masyarakat.
“Pembelajaran sama. Kami turut buat senaman pagi, petang, berkawat sepanang 30 hari dalam kem. Pengalaman pegang senjata paling bermakna. Kami adalah artis pertama menyertai anggota RELA,” ujar Mazlan.
Kali ini lakonan Azlee lebih menonjol kerana wataknya sebagai lelaki lembut. Terdapat beberapa aksi mencuit hati melibatkan Azlee. Selebihnya GUA rasa wataknya jadi penyelamat filem ini. Plot penceritaan lancar tetapi mutu lakonan perlu diperbaiki terutama pelakon-pelakon lain.
Perasaan GUA ketika menonton ada kalanya statik (lawaknya tidak meresap ke jiwa), tetapi ada juga aksi-aksi boleh membuat kita ketawa. Ternyata, lawak hendak diterjemahkan kurang kosisten bagi GUA.
Penampilan Mr. Os membawa kita kembali ke zaman 80-an. GUA rasa inisatif MIG mengambil pelakon lama memberi peluang mereka untuk kembali beraksi. Semoga MIG dapat mengekalkan usaha membawa artis-artis lama untuk memeriahkan industri.
Moga filem Senario akan datang mampu membawa pembaharuan besar dan tidak statik seperti ditakuk lama memandangkan pelawak baru muncul bagaikan cendawan tumbuh.
Mengisahkan tiga lelaki bermasalah di tempat kerja bertemu ketika menyertai pasukan RELA. Azlee, pegawai keselamatan di sebuah kompleks membeli-belah yang kurang stamina dan asyik tidur. Mazlan pekerja swasta yang penakut dan sering menjadi mangsa buli dan Wahid pula bekerja di syarikat pembekal buruh asing yang punya masalah berkomunikasi. Ketika latihan RELA, mereka diberi latihan ketat oleh Pak Bad (Mr. Os). Saksikan gelagat lucu mereka ketika menjalani latihan disamping berdepan dengan gangguan Hairi (Kamal Adli), Bob (Shahfiez) dan Maman (Hairul Azreen). Tetapi pertemuan dengan tiga gadis mengubah hidup mereka apabila masing-masing jatuh cinta dengan Ann, Azie dan Mala.
Kisah pengembaraan Atoi, seorang budak kampung yang tiba-tiba menjadi superhero, setelah dipanah petir. Atoi mempunyai kehebatan boleh bergerak sepantas kilat dan mengeluarkan bebola api dari kedua belah tangannya. Atoi kemudian berpindah ke Kuala Lumpur menyertai skuad elit superhero yang dikenali sebagai Kapoww.
Sebuah keluarga superhero “Keluarga Astromen” berbakti melindungi rakyat malaysia daripada ansir-anasir jahat. Mereka adalah superhero yang diminati oleh orang ramai. Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang, bercita-cita menjadi seorang superhero. Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering di buli dan diperkecilkan oleh gengster kampung, diketuai oleh faibo. Hanya Aboo, kawan baiknya membantu atoi untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama didamkannya itu. Aboo banyak merujuk kepada buku-buku komik spiderman, superman, batman dan lain-lain. dan mereka mencuba pelbagai cara disengat tebuan, kejutan elektrik, dilanggar keretaapi… namun sia-sia belaka, malah menambah kekecewan dan kesedihan ibunya.
Trailer
Pada suatu petang, Dolet, kerbau Atoi tiba-tiba hilang lari dari rumah. Dalam keadaan hujah lebat dan ribut petir, Atoi mencari Dolet. Ketika bertaduh dibawah sepohon pokok, Atoi disambar petir. Setekah sedar daripada pengsan Atoi mempeolehi kuasa superhero, boleh bergerak sepantas kilat, mata setajam pisau…
Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari superhero baru unyuk dilatih. Selepas menyelamatkan siti daripada Faibo, dan disaksikan oleh Persatuan Superhero Malaysia. Atoi berjanji kepada mereka di kampung, yang beliau tidak akan melupakan mereka.
Atoi Budak Kultur kini menjadi sensasi tertkini di KL. NAmanya meniti di bibir. Beliau menumpaskan banyak penyenah, lebih pantas dan lebih baik daripada geng Astromen. Orang menjadikan idola dan menyanyangi beliau. Atoi mengalami kejutan budaya. Beliau menukar namanya kepada Azroy. Atoi dikelelengi oleh arak dan gadis-gadis cantik. Sikap berlagak Atoi menyebabkan beliau menhina ibunya sendiri yang datang mencarinya di sidang akbarpelancaran album barunya. Atoi malu dengan ibunya berbaju kurung, teman wanita dari kampung, dan kawan baik yang bodoh-bodoh alang. Atoi berpura-pura tidan kenali mereka. Rakyat melihat kelakuan buruknya dan semuanya terkejut. Atoi kehilangan rakan, peminat, penaja rumah, kereta lumbanya dalam sekelip mata. Atoi kini di pulau oleh semua orang.
Mengetahui Atoi bergantung kepada sejenis minuman popular untuk meransangkan kuasanya, arahan di keluar oleh kerajaan, jika sesiapa dilihat memberi atoi minuman tersebut, mereka akan didakwa! Atoi putus asa…. beliau kehilangan kuasa, juga keluarga. Beliau sedar kesilapnyan tetapi sudah terlanbat! keluarganya telah di culik oleh kuasa jahat, Alakazambo, Superhero lain jugak tidak lagi bersamanya, dan tiada siapa mahu membantu.
Mampukah Atoi menyelamat keluarganya?… Adakah beliau akan memilikki kembali kuasanya? Siapa Alakazambo dengan kuasa jahat sihirnya itu? tonton Kapwo!! untuk mengatahui jawapannya… KAPOWW…